Followers

Please let me help you :)

Name:
Email Address:
Contact Number
Occupation
Address
Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years? Yes
No
What are you interested to? Lose Weight
Gain Weight
Reshape Body
Improve Health
Improve Skin
Improve Energy
Earn Extra Income
Anyone references who need my help that you know?

Thank you for your respond :)


Click here to put a form like this on your site.

Saturday, June 25, 2011

7 Sunnah Rasulullah SAW

Assalamualauikum..
hari ni nak kongsi ilmu sikit..
hope korang suke.:))

Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :


Justify Full

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.

  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.

  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.

  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.

  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)


Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)


Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."


Jaga Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)


Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :

"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

<3 seBaRkaN daN aMaLKan (^^,) <3


p/s : sama2lah kita amalkan.*untuk peringatan diri jugak. kalau tahu n tak amal, sangat merbahaya.kadang2 aku pun merasai takut untuk semua ini. :) insyaAllah.semoga Allah menilai setiap perbuatan kite. Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui... :))

Thursday, June 23, 2011

banner... {prolog}


Assalamualaikum..
hahahaha...nampak tak kat atas?dah bertukar an?
sekejap je tuu..
tuu banner MPSB KMNS 2011/2012.

banner ni digantung di depan pondok pengawal selama ...........*tak pasti.maybe in a few week.
hehehe.. :D bukan nak riak atau bangga diri.
cuma aku rasa terharu je..
aku rasa bertuah terpilih menjadi student KMNS setahun yang lalu.
memang sangat best!
pengalaman dan kenangan yang sangat sukar dilupakan.
pahit, manis, masam, masin, kelat sume bercampur baur.
fyi....KMNS adelah tempat pertama dimana aku kene menetap dan jalani kehidupan 'hostel' dalam jangka masa yang lama.*setahun lame tuu~:P
aku sangat susah nak menyesuaikan diri untuk sekian kali nye kerana aku sorang2 kat situ.
sape2 pun aku tak kenal.kawan2 aku xde yang dpat kat KMNS ni.mereka ramai kat KMPh,KMPP,KMK.
so..nak tak nak aku kene kuat semangat n pandai bawak diri di tempat orang..

minggu pertama = minggu MPPB 2010/2011 sangat memenatkan.
tapi pengalaman bersama alumni KMNS mencetuskan semangat baru dalam diri.
aku tabah hadapi program2 yang diaturkan.
mengantuk memang xboleh nak lari.
letih minda,emosi, fizikal..
perkenalan singkat dengan rakan2 blok memberi ke
kuatan dalam mendapat kawan baru di tempat yang baru.
menangis??of kos babe!aku xpernah kot berpisah ngan family lame2, jauh lak tuu...*8jam perjalanan.
aku akur dengan pilihan aku.KMNS pilihan pertama aku time mintak matrik tuu.
aku teruskan kehidupan bersama rakan2 yang laen.

perkenalan demi perkenalan berlaku.
tak kira jantina, kos, blok, rupe, darjat dan bangsa.
kami semua sama.
PERSAHABATAN terjalin atas dasar menuntut ilmu.
diri ini diterima orang laen sudah cukup memberi kekuatan meneruskan perjuangan ke titisan darah 'peluh' yang terakhir.hahaha*lawak sikit.jangan serius sangat.

time ni laa budak2 prak F5P1 mula bersama.sedikit demi sedikit kami kenal satu sama lain.
mula berinteraksi secara tak formal.
ade yang mula berkenalan lebih rapat*opppsss*
mesej2.tanye khabar.turun study bersama-sam
a*lalalalala*
kami mula akrab.kakak2 mula tunjuk sifat ke'ibu'an..hahaha
adik2 mula pandai bermanja2.
ziarah menziarahi bilik mula dilakukan.
group study makin erat bergabung.
kerja kumpulan yg pertama adalah report kimia dan fizik, buku scrap agama, pembentangan agama,group speaking MUET.
sangat bermakna bila dalam perkenalan singkat, kerja kumpulan dapat diteruskan dengan jayanya.
kelemahan diterima bersama.
kekuatan ditambah menjadi lebih kuat dan erat.




aktiviti bersama










kami bersama ke kuliah dan tutoran.

****bersambung***

Tuesday, June 21, 2011

seronok..

Assalamualaikum..
bercerita tentang seronok.
cuti2 malaysia kali ni memang seronok habis*pegi KL,jalan2
pada 18 jun 2011..gathering di sunway piramid.
gather ngan dak2 fasi KMNS
senior junior, semua ade.
syok habis jumpe dak2 fasi ni.
ni antara koleksi2 gambar gathering kite orang.














~sebelum ape2, snap dulu :D














~bersedia untuk maen archery.














~disekitar kawasan bowling.haha.aku je junior yg maen.hehe.














~kalau dah bertemu fasi2........:P














~gabungan junior n senior.*deboom*














~senior2 yang semangat nak maen ice skating*cium ice*














~lepak di carls jr setelah penat round sunway..
















~sedia menunggu :P





















~kedai gula2 menjadi tumpuan*ambik gambar je, tak beli pun..hahahaha















~kami fasi jr wanita..ehh.perempuan..haha*kredit to abg naza.














~inilah keluarga besar kami,family fasi KMNS.even ada yang baru first time jumpe,kami akur kami senang bersama.insyaAllah.once fasi,forever fasi~ :DD

p/s:pada sesape yg tak pergi, nanti kalau ade lg gathering, join2 lah.boleh kite semua jumpe2 and rapatkan hubungan kite semua..okey??insyaAllah, ade kelapangan dengan izin dariNya...:)) love family fasi*a lot!!