Followers

Please let me help you :)

Name:
Email Address:
Contact Number
Occupation
Address
Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years? Yes
No
What are you interested to? Lose Weight
Gain Weight
Reshape Body
Improve Health
Improve Skin
Improve Energy
Earn Extra Income
Anyone references who need my help that you know?

Thank you for your respond :)


Click here to put a form like this on your site.

Saturday, December 24, 2011

sesuatu yang baru ...........

Assalamualaikum...

ini lahh kisah bila BAKAL-BAKAL CHEMICAL engineer berhimpun..


pengalaman yang sangat2 berharga.
mengenali mereka yang same bidang dengan kita, sangat seronok bila bercerita.
tajuk cerita yang same, kisah peribadi yang berbeza.
juga persekitaran yang pelbagai, semua cerita bakal menjadi satu...

ceritanyaaa..
3hari berkampung kat UTM,
terasa macam setahun, boleh??? hahaha..
tak de laa..
alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
masalah? memang masalah makanan kehidupan.
ape je kite buat, xboleh lari dr masalah..
terima seadanya..

paling best! UKM is the only one university that have the most number of student there!
memang kite org bising laa kan ? *ofcourse, why not*
nampaknyee, kate2 orang yg student UKM ni xber'sosial' boleh dilenyapkan sedikit demi sedikit.
insyaAllah.. :D

hmmmm....based on competition been done..
UKM menunjukkan prestasi yang baik.
nak nak dalam memberi persaingan sihat..hehe.

Technical power point competition : 4th
Technical essay writing : 3rd
Technical video competition : 4th
Technical plant design : :(
Technical case study : 3rd
Special case study best Award : Marvin Madang Gau *thumbss upp!


my story behind those picture..

first photographer. Johan Harris Za.

second photographer. Eira Zuraini.

third photographer. Faredzuan Sudin.

FIRST DAY 16-DEC-2011
muka sihat lagi *baru selesai daftar..
Ilham Norin je muka lapoorrr...hahah

first aktiviti. *first2 dah kene denda..

khusyuk berbincang..yeay!


explorace ! kak Siela kepenatan.*menghirup udara segar..hehe

smile.... :) even kepenatan!

we win! my group is the winner for explore UTM NACES'11 .. *C-4.conected forever!

muka macho even hamper tuu berat nak tampung satu tangan.. *tabik!

setia dengar ceramah :D



SECOND DAY 17-DEC-2011

cantek kan baju kami? hehe..

tak tau laa ape kene ngan dua orang paling kanan ni.. :P

kami suka meeting.. *masing2 tekun mendengar.. chaiyok2.

plant design team... :D

proud to be UKMnians... :D

technical video team.. :D

engineer pun boleh menari tau! *melenggang aii melenggang!

UKM Future Chemical Engineer.. InsyaAllah.. together we build!



THIRD DAY 18-DEC-2011
haa...mari2, beli2... *jual piala je.

Technical case study. paling kiri: Marvin from UKM!

Special Best Award Technical Case Study : Marvin Madang Gau..
*phemitt..phewitt RM150.00 cash xnak kongsi ke??

technical power point team..
from left : Shazleen, Atif, Lulu, Fared.
1st year! compete ngan 3rd yr stydent.. cayalah korang..

anitha.. 2nd runner up Technical Essay Writing.

okay laa.. tu je yang mampu.. tak larat nak upload banyak2 kat sini.. klik sini -->> more pictures here and here...

even penat, aku hepi sangat sebab dapat jejak kasih ngan sahabat baik ku..

first meet.. masih segan2..hehe

masing2 nak buat muka..*xnampak muka aku..hehe

pengalaman..sukar dicari ganti..
tak kisah laa. penat tuu sekejap je, nak try event mcm ni, memang agak susah..

next year..UKM will be the HOST for NACES'12.
"visit UKM 2012" -->> :D

okay...sampai sini dulu..
aku dalam study week ni.. pray for me for my final. *first final at UKM.
okay .. got to go.. daaaaaaaaaaa.. salam.

p/s: ‎"Great opportunities in life force us to grow beyond our comfort zones".. study2. ppk,ppk.be my friend pleaseeee????

Saturday, December 03, 2011

WHY ME ?

ASSALAMUALAIKUM..

why you are at your place now?
pernah ke kamu terfikir kenapa kamu disini sedangkan kamu merancang untuk berada di sana(satu tempat yang kamu impikan)??

but for me....
the thing first, this is my journey and i have choose it!
tak boleh laa aku nak salahkan orang laen kan ?
know what i'm talking about?


I'M A CHEMICAL ENGINEERING STUDENT


(semua bidang ade pro&kontra nya)
dulu ramai yang cakap, engineering ni tough, susah.
mula-mula aku pun takut nak apply engine ni, tapi cikgu aku banyak bagi semangat.aku cuba take the challenge besides memang aku minat engineering pun..
dulu memang tak rasa apa2 sangat.
now i'm feel it. how tough is could be.

tapi... as long as you happy do that things, its gonna be GREAT experience for you and you will LOVE it! "TRUST ME.I'M AN ENGINEER TO-BE".



aku tak pernah menyesal ambik kos ni *i meant it VERY much.
sebabnya,semua kos and subjek yang aku minat semua combine jadi satu dalam kos ni.
aku boleh cuba ape je.i can do all of it in one course!
tapi agak 'shock' la pada permulaannya sebab aku terus didedahkan dengan cara ENGINEER bekerja.

"how will be your life as a engineer" <<-- mungkin ini yang nak diajar.
jadi nanti time keluar bekerja, tak de lah nak shock kan?
and..the most important is.....aku bertuah!
dipilih Allah mendalami sedikit ilmuNya.



p/s: ada sebab kenapa anda berada di tempat anda sekarang. mungkin anda tak pernah terfikir untuk berada di situ but Allah know the best for us.. Allah tidak akan membebani hambaNya dengan ape yang melebihi kemampuan hambaNya. baik kan Allah pada kita, tapi kita pada Allah macam mana?RENUNG-RENUNGKAN..



Saturday, October 08, 2011

kehidupan baru.

assalamualaikum.
syukur alhamdulillah serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..
hari ni dah genap sebulan aku menetap di Selangor sebagai warga UKM Bangi.
agak pantas masa berlalu pergi meninggalkan aku.
dan banyak lagi yang perlu aku pelajari dalam menelusuri hidup yang penuh ranjau ini.
semoga hidayah dan rahmat Allah serta redha ibu bapa mengiringi perjalanan hidupku.

TO BUILT AN ENGINEER : is it not a easy thing to do now.many thing i have to learn and sacrifice in order to make my ambition success..
aku sedar ni bukan setakat cita-cita aku seorang.cita-cita kami pelajar2 FKAB especially student JKKP dalam menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik sambil membantu antara kami.aku mula sayangkan ukhuwah yang terjalin ini.semoga kita sentiasa diberkati olehNya dalam perjalanan yang berliku ini.susah senang,hadapi bersama,insyaAllah, kejayaan milik kita.

LiWen,Hosek,Hafiz,Hasan,Fared,Syafiq,Denson,Naufal,Haris,Pali,Lim
Senba,Shazleen,Nurun,Sibah,Yanie,Qilah,Fifah,Bunga,Me

walau ilmu penuh di dada, tetapi tidak berkongsi dengan orang lain. lama kelamaan ilmu kita akan ditarik tanpa kita sedari.ingatlah ilmu itu bukan milik kita, tetapi milik Allah SWT

for someone who are been chosen for this course,just go for it.not all what you want you can get,maybe Allah have another plan to you.remember that Allah's plan is always right and better for us.He know everything that we don't know..

:: something you do,something you think its yours, not all of it will turn to you, maybe it for someone else,you just be the middle person...be strong..insyaAllah your journey would be an amazing thing in your life.keep on going,Allah is always with us and never let us far from Him ::

Wednesday, August 24, 2011

pernah terfikir ??

Question : Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang-kadang, tiba-tiba je rasa sedih tanpa sebab? Ade orang kate, syaitan yang ganggu! Ada tak petua untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang-kadang bila bangun pagi rasa sedih, kadang rasa macam rindu... Tapi tak tahu rindu pada siapa!


Answer from Ustaz Azhar Idrus : PERKARA BIASA, HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR !


Okeh, speechless terasa sebab jawapan ustaz memang sweet! :)


p/s : memang sangat2 speechless..credit to Cahaya Akhlisah(Pencinta Rama-rama) :DD and no worries.. sebab Allah dah bejanji setiap manusia itu dijadikan berpasang-pasangan. "lelaki baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya"

Monday, August 22, 2011

a story..


Assalamualaikum..
aku rasa nak menaip pulak malam ni..layan..

Aku teringat, aku pernah terbaca satu kisah.
ni kisah zaman Nabi Musa AS.
kat mana aku baca? mesti laa buku cume dah lupe buku ape.hehe :D

kisah yang sangat menarik dan memang sebagai pengajaran kita sebagai seorang hamba yang lemah.

kisah bermula apabila Allah mengutuskan malaikat untuk berjumpa dengan firaun.
malaikat tersebut telah menyamar sebagai seorang lelaki.
semasa pertemuannya dengan firaun, malaikat telah bertanya 'wahai firaun, jika engkau adalah tuhan, apakah hukuman yang akan engkau berikan pada hambamu yang ingkar dan membelakangi mu?' . firaun dengan angkuh menjawab 'aku akan tenggelamkan mereka di laut merah'.
Subhanallah, dengan kusa Allah, firaun telah dihukum dengan hukuman ciptaannya sendiri kerana telah ingkar dan kafir kepada tuhannya.


p/s : Allah itu dekat.hanya kita yang selalu jauh dari-nya..pesanan untuk diri sendiri jugak. :D


Friday, August 19, 2011

bunga.

assalamualaikum..
haha..sume nak tulips gituu.cantek.lawa.kemas.segak.
syukur.
sungguh cantik ciptaan Allah.
syukur lg dpt melihat keindahan ciptaan-Nya.

ok laa.hayati bersama tulip yg cantik ni ye? tataaa.

p/s: layan citer ramadan terakhir :D

Thursday, July 21, 2011

syukur

Assalamualaikum...
mari laa sama2 kita bersyukur.. try this -->> Raihan-Syukur
ALHAMDULILLAH ... :)

Thursday, June 30, 2011

Imam Muda Minggu ke-10..*akhir*

Assalamualaikum..

tirai Imam Muda Musim ke-2 akan berlabuh.
setelah sepuluh miggu bersiaran,
malam esok adalah
KEMUNCAK IMAM MUDA MUSIM KE-2.
tak sabar rasanye. nak tau siapakah bakal menjadi Imam Muda unggul untuk tahun 2011 ni.
dan bakal mengikut jejak langkah IM Ashraf, kan3?

IM Ashraf

tapi bagi saya*baik sikit laa,nak ckp sal Imam Muda ni..hehehe*
mereka semua, 20orang Imam Muda Musim 1 dan 2.
maing2 ade kelebihan masing2.
sebagai contoh, IM Mujahid, jgn tak tahu
beliau seorang imam yg pernah menceburi bidang gymnastik.



bercerita tentang malam esok.
dua orang imam muda yang terpilih ke peringkat akhir Imam Muda musim ke-2 ialah
IM Nazrul dan IM Hassan.
ke2 2 mereka berkerjaya sebagai seorang pendidik.

IM Nazrul ialah seorang guru besar di salah sebuah sekolah kafa di Johor.

  1. Profil IM Nazrul
  2. Sedikit latar belakang IM Nazrul
  3. Bakat terpendam..*comel.
IM Hassan pula seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa. Dan beliau berasal dari Perak.*suke dengar IM Hassan berceloteh Perak.hehe.comel.lesung pipit dua2 belah ade.

  1. Profil IM Hassan
  2. Latar belakang IM Hassan
Inilah dua calon imam muda anda.
semoga anda dapat mengenali mereka dengan lebih dekat kerana mereka adalah bakal peneraju imam di masa akan datang di Malaysia. InsyaAllah..

kepada calon2 imam muda yang dah tersingkir dr Medan Imam Muda, anda masih lagi berpeluang menabur bakti di luar sana.kami sangat mengharap bantuan dan tunjuk ajar dari kalian semua imam imam muda.
Semoga usaha kalian semua mendapat keberkatan dan keredh
aan dariNya serta kedua-dua ibu bapa dan keluarga.
saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.
peserta Imam Muda Musim ke-2.

smart even nak pergi bersukan.*taknampak IM Mujahid kat belakang.

p/s : sape pun yang menang malam esok.anda semua tetap yang terpilih.terbaik antara yang terbaik.semoga kalian berjaya.

Wednesday, June 29, 2011

KMNS .. PART 1.

Assalamualaikum..

sambungan Prolog ..
aku tertinggal satu cerita.
iaitu kawan baikku.
sebelum pihak kolej membuka ruang untuk penukaran kos,
kawan baik aku bernama izzati syafika.
aku ingat aku akan rapat dengan dye kat kelas sampai habis matrik.
rupenye,tuu impian n harapan aku je.
dalam diam dye dah isi borang penukaran kos.
dari fizikal ke hayat.
masa hari keputusan penukaran kos keluar, baru dye bagitau pasal dye dah isi borang.
memang aku terkejut, tapi aku kene redha n gembira utk dye, sbb mungkin dye lg tahu ape yg terbaik utk diri dye,lagipun dye budak SBP, mesti minat biologi lebih dari fizik.

Masa tuu hari rabu*kalau tak silap.
after dye pergi tgk keputusan penukaran kos, alhamdulillah dye dapat.
so, dye terus masuk ke kelas baru dye.
dye hanya menghantar mesej kat aku cakap dye ke kelas baru.

for sure,aku sangat sedih time dapat mesej tuu.
rase nak nangis je, aku baru dapat kawan, tibe2.. dah hilang.
tapi Allah Maha Mengetahui.
Allah hantar aku seorang kawan laen.
namanya Tengu Atin.
Orang terengganu.*ade jugak org nak berckp bahasa negeri ngan aku.lepas rindu.

seminggu berlalu,
memang kamcing giler laa.
asal time rehat je, aku balik bilik dye utk solat n rehat sebab bilik dye dekat ngan pentadbiran.
kat blok A2..blok aku jauh nun di C4..atas bukit u..
tapi even jauh, C4 terbaik!! aku tak pernah kecewa dapat hostel kat situu.
lagi gembira. jauh dari orang.hanya ade member2 blok je.
buat kepala sendiri.,hahaha.

note:cerita bnyak tertinggal.nanti aku susun semula cerita ni...lalalalaa~~


Saturday, June 25, 2011

7 Sunnah Rasulullah SAW

Assalamualauikum..
hari ni nak kongsi ilmu sikit..
hope korang suke.:))

Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :


Justify Full

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.

  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.

  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.

  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.

  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)


Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)


Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."


Jaga Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)


Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :

"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

<3 seBaRkaN daN aMaLKan (^^,) <3


p/s : sama2lah kita amalkan.*untuk peringatan diri jugak. kalau tahu n tak amal, sangat merbahaya.kadang2 aku pun merasai takut untuk semua ini. :) insyaAllah.semoga Allah menilai setiap perbuatan kite. Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui... :))

Thursday, June 23, 2011

banner... {prolog}


Assalamualaikum..
hahahaha...nampak tak kat atas?dah bertukar an?
sekejap je tuu..
tuu banner MPSB KMNS 2011/2012.

banner ni digantung di depan pondok pengawal selama ...........*tak pasti.maybe in a few week.
hehehe.. :D bukan nak riak atau bangga diri.
cuma aku rasa terharu je..
aku rasa bertuah terpilih menjadi student KMNS setahun yang lalu.
memang sangat best!
pengalaman dan kenangan yang sangat sukar dilupakan.
pahit, manis, masam, masin, kelat sume bercampur baur.
fyi....KMNS adelah tempat pertama dimana aku kene menetap dan jalani kehidupan 'hostel' dalam jangka masa yang lama.*setahun lame tuu~:P
aku sangat susah nak menyesuaikan diri untuk sekian kali nye kerana aku sorang2 kat situ.
sape2 pun aku tak kenal.kawan2 aku xde yang dpat kat KMNS ni.mereka ramai kat KMPh,KMPP,KMK.
so..nak tak nak aku kene kuat semangat n pandai bawak diri di tempat orang..

minggu pertama = minggu MPPB 2010/2011 sangat memenatkan.
tapi pengalaman bersama alumni KMNS mencetuskan semangat baru dalam diri.
aku tabah hadapi program2 yang diaturkan.
mengantuk memang xboleh nak lari.
letih minda,emosi, fizikal..
perkenalan singkat dengan rakan2 blok memberi ke
kuatan dalam mendapat kawan baru di tempat yang baru.
menangis??of kos babe!aku xpernah kot berpisah ngan family lame2, jauh lak tuu...*8jam perjalanan.
aku akur dengan pilihan aku.KMNS pilihan pertama aku time mintak matrik tuu.
aku teruskan kehidupan bersama rakan2 yang laen.

perkenalan demi perkenalan berlaku.
tak kira jantina, kos, blok, rupe, darjat dan bangsa.
kami semua sama.
PERSAHABATAN terjalin atas dasar menuntut ilmu.
diri ini diterima orang laen sudah cukup memberi kekuatan meneruskan perjuangan ke titisan darah 'peluh' yang terakhir.hahaha*lawak sikit.jangan serius sangat.

time ni laa budak2 prak F5P1 mula bersama.sedikit demi sedikit kami kenal satu sama lain.
mula berinteraksi secara tak formal.
ade yang mula berkenalan lebih rapat*opppsss*
mesej2.tanye khabar.turun study bersama-sam
a*lalalalala*
kami mula akrab.kakak2 mula tunjuk sifat ke'ibu'an..hahaha
adik2 mula pandai bermanja2.
ziarah menziarahi bilik mula dilakukan.
group study makin erat bergabung.
kerja kumpulan yg pertama adalah report kimia dan fizik, buku scrap agama, pembentangan agama,group speaking MUET.
sangat bermakna bila dalam perkenalan singkat, kerja kumpulan dapat diteruskan dengan jayanya.
kelemahan diterima bersama.
kekuatan ditambah menjadi lebih kuat dan erat.




aktiviti bersama










kami bersama ke kuliah dan tutoran.

****bersambung***

Tuesday, June 21, 2011

seronok..

Assalamualaikum..
bercerita tentang seronok.
cuti2 malaysia kali ni memang seronok habis*pegi KL,jalan2
pada 18 jun 2011..gathering di sunway piramid.
gather ngan dak2 fasi KMNS
senior junior, semua ade.
syok habis jumpe dak2 fasi ni.
ni antara koleksi2 gambar gathering kite orang.














~sebelum ape2, snap dulu :D














~bersedia untuk maen archery.














~disekitar kawasan bowling.haha.aku je junior yg maen.hehe.














~kalau dah bertemu fasi2........:P














~gabungan junior n senior.*deboom*














~senior2 yang semangat nak maen ice skating*cium ice*














~lepak di carls jr setelah penat round sunway..
















~sedia menunggu :P





















~kedai gula2 menjadi tumpuan*ambik gambar je, tak beli pun..hahahaha















~kami fasi jr wanita..ehh.perempuan..haha*kredit to abg naza.














~inilah keluarga besar kami,family fasi KMNS.even ada yang baru first time jumpe,kami akur kami senang bersama.insyaAllah.once fasi,forever fasi~ :DD

p/s:pada sesape yg tak pergi, nanti kalau ade lg gathering, join2 lah.boleh kite semua jumpe2 and rapatkan hubungan kite semua..okey??insyaAllah, ade kelapangan dengan izin dariNya...:)) love family fasi*a lot!!